Thursday 29 March 2012

Kursus Pemantapan PSS Zon Timur di BTP PSPN Pahang

      Khamis  29 Mac 2012 


    Hari kedua kursus Pemantapan PSS ,sempat lagi semua peserta  kursus posing.



Wednesday 21 March 2012


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Khamis 22 mac 2012,
Assalamualaikum murid-murid semua,
Hari ini cikgu akan memaparkan gambar-gambar sesi pembelajaran murid-murid  Tahun 4 Arif sedang belajar  mata pelajaran Bahasa Melayu.









Monday 19 March 2012

Cerita lucu hari ini

Selasa 20 Mac 2012,
salam mesra,hari ini cikgu hendak berkongsi satu cerita lucu dengan murid-murid semua.Selepas kita penat membuat latihan marilah kita baca dan ceri-ceriakan diri kita denga cerita lucu  ini.


         Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)
           Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman.    Cikgu  sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

          Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

           Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

          Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika  
     nelayan, ikan pun boleh..

          Murid-murid: Ohh…. begitu..

         Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum        lebar cikgu ….

        Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

       Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

      Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

     Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

     Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

    Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

    Cikgu: Patutlah.



                                                                           



Sunday 18 March 2012

Puisi pendidikan untuk masa depan

Isnin 19 mac 2012,
Salam sejahtera buat murid-murid semua..hari ini cikgu ingin mengajak anda semua berpuisi,marilah kita sama-sama menghayati puisi sebagai  pedoman kita semua.

          Mencari ilmu janganlah ingkar
              Jangan berhenti barang sebentar
          Kerana ilmu harta nan besar
              Lagak sebagai kawan nan benar

          Harta dan benda hanya pinjaman
               Ilmu berguna sepanjang zaman
          Ada ilmu hidupnya nyaman
               Semua masalah dapat dihindarkan

          Ilmu bukan untuk bacaan
              Ilmu berguna sepanjang zaman
          Jika ia kita rahsiakan
             Hilanglah ia tidak berketahuan

          Orang berilmu pasti dihormati 
             kerana tinggi budi pekerti
          Ia tidak sombong dan tinggi
             Semua pekerjaan ia berteliti

          Oleh itu carilah ilmu
            Buat penyuluh setiap waktu
          Marilah kita terus maju
            jangan hidup kita tidak menentu 

   

      

Friday 16 March 2012

Cerita Rakyat Sebagai Pedoman Bersama

Sabtu 17 Mac 2012
Rantai Emas
Salam Sejahtera murid-murid semua..Hari ini Cikgu akan memaparkan sebuah cerita rakyat sebagai bacaan minda untuk kita semua.Hayatilah ceri ini,semoga menjadi panduan hidup kita seharian.
  
Dalam sebuah negeri,ada sepasang suami isteri .Kehidupan mereka sangat miskin.Setiap hari,mereka memancing ikan untuk menyara hidup.
Mereka selalu mendapat ikan-ikan yang kecil sahaja.Ikan-ikan itu hanya cukup untuk di makan.Mereka tidak dapat menjual ikan-ikan tersebut untuk mendapatkan wang.
Pada suatu hari,mereka memancing di tengah tasik.Mereka menggunakan perahu untuk sampai ke tengah tasik.Si isteri berasa jemu kerana tidak mendapat seekor ikan pun.Dia mengajak suaminya pulang.
       "Tunggulah sebentar,mungkin kita akan mendapat rezeki,"kata si suami.
  Tidak berapa lama kemudian,joran  si isteri di tarik dengan kuat .
        "wah,tentu besar ikan ni !"kata si isteri.
       Si isteri terperanjat apabila menarik jorannya kerana bukannya ikan yang ditarik,tetapi rantai emas.Semakin ditarik semakin panjang rantai itu.Perahu mereka telah dipenuhi dengan rantai emas.
      Tiba-tiba kedengaran bunyi katak yang riuh rendah di danau itu.
      " Rat..Rat..Rat....rat ! rat !....
Katak-katak itu menyuruh suami isteri itu mengerat rantai emas itu.
      " perahu ini hendak karam,kita kerat saja rantai ini,"kata si suami.
      Si isteri menjadi tamak .Dia tidak mahu mengerat rantai itu.Akhirnya ,perahu mereka karam kerana berat  dengan rantai emas.Mereka terpaksa berenang untuk menyelamatkan diri.


Wednesday 14 March 2012

Mutiara untuk renungan bersama.

Rabu 14 mac 2012
salam ceria buat sahabat semua,marilah sama-sama kita hayati beberapa mutiara kata buat renungan dan pedoman kita bersama.renung-renungkan lah....

Esok pasti ada ,tetapi esok belum pasti untuk kita,beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti kan datang.

Semakin mampu kita merendahkan hati di hadapan orang lain ,maka menunjukkan kebesaran hati kita dihadapan ketinggian hati orang lain.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai,tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan





Monday 12 March 2012

Mikro teaching

Murid-murid serta kawan-kawan,marilah kita saksikan satu rakaman video pengajaran di sekolah rendah sebagai panduan.



                                                                          sila klik di atas







  
 Mikro Teaching

Latihan Kata Adjektif

Salam semua murid-murid.Hari ini cikgu telah menyiapkan satu latihan untuk diselesaikan oleh murid-murid.Latihan ini sangat mudah dan murid-murid mesti boleh melakukannya.selamat mencuba.




B. Garis  kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

 1.Pakaian yang tersidai itu masih lembab.

2.Jamilah membalut luka pada kaki adiknya itu dengan menggunakan kain nipis.

3.Gulai kari yang dimasak oleh kakak itu sangat masin.

4.Kamal terpaksa tinggal di hospital selama beberapa hari kerana kakinya patah.

5.”Jangan gunakan  pisau yang sumbing itu untuk memotong bawang , “kata ibu kepada  Halim.                                    

6.Tiang  telefon itu condong kerana dilanggar lori pada petang semalam.

7.”Kita memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan ini,” kata Abu             kepada Jamil.

8.Haniza menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak sempena dengan kedatangan keluarganya.

9.Datuk saya yang sudah tidak bergigi itu gemar makan nasi yang dimasak lembik .

10.Jam tangan Julia lambat lima belas minit.

11.Ayah memakai baju melayu bewarna biru semasa hendak bersembahyang Jumaat di masjid

12.Kaki kami terasa lenguh setelah berjalan sejauh lima kilometer ke tapak perkhemahan.






Rancangan Pengajaran Harian.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 4.


.Tarikh         :  22 Mac 2012
Hari             :  Isnin
Mata Pelajaran     :  Bahasa Melayu
Tahun                   :  4  Arif
Masa                    :   30  Minit
Bilangan Pelajar   :  37 Orang
Tema                    :  Sekolahku Berjasa
Tajuk                    :  Gerai manakah Yang paling Cantik  ?
Objektif                :  Di akhir pengajaran murid dapat :
i.                    Membaca teks petikan yang dipaparkan secara lancar.
ii.                  Menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam teks serta yang mereka tahu.
iii.                Membuat latihan mengisi tempat kosong dengan kata adjektif.
Fokus Utama         : 2.2. Aras 2 (i) Menyampaikan sesuatu maklumat penting  tentang sesuatu
                                                     Perkara.
Fokus Sampingan   : 7.1.Aras 1 (i) membuat dan menyatakan andaian tentang sesuatu perkara
                                                  Yang tersirat berdasarkan maklumat tersurat.
Sistem Bahasa        : Tatabahasa –Kata adjektif
                                  Kosa kata- cantik,murah,manis,masam,sedap,bujur,letih ,penat.
                                  Ilmu-Pendidikan Moral
                                  Nilai Murni- kerajinan,kebersihan fizikal dan mental
                                 KBT-kontekstual-membuat keputusan.
Media                     : Teks petikan,kad bergambar,lembaran kerja.
                                                                                                                                                                                   
Langkah/masa
Isi pengajaran
      Aktiviti

       Guru
Pengajaran dan pembelajaran
Murid

Catatan


Set Induksi
(5 Min )

1.Guru menampalkan beberapa keeping gambar di papanhitam.
2.Guru meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan dan memberi sekeping kad.
3.Guru meminta murid meletakkan kad tadi pada gambar yang bersesuaian di papanhitam.
1.Beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas.

2.Murid menampalkan kad perkataan yang diberi oleh guru bersesuaian dengan gambar yang di tampal dipapanhitam.

Lampiran 1


Gambar tunggal


Kad perkataan
Langkah 1

( 5 min )


Bacaan Mekanis
1.Guru menampal teks petikan  yang bertajuk ‘ Gerai manakah yang paling Cantik ‘.

2.Guru membaca teks petikan diikuti diikuti oleh murid secara kelas.
1.Murid membaca teks petikan ‘Gerai manakah yang Paling Cantik ‘mengikut guru.


Lampiran 2
Teks petikan
Langkah 2

( 5 Min)

pengenalan

Kata adjektif
1.Guru meminta murid memberi perhatian kepada perkataan bewarna.

2.Guru memberitahu murid bahawa perkataan-perkataan yang diwarnakan itu adalah Kata Adjektif.
3.Guru menerangkan secara terperinci tentang kata adjektif.

4.Guru meminta murid memberikan contoh kata adjektif yang mereka tahu selain dari yang terdapat dalam teks petikan.
1.Murid menyebut kata adjektif yang ditunjukkan oleh guru dalam teks petikan.

2.Murid member contoh kata adjektif yang mereka tahu.




Langkah 4

(10  Min )
Latihan kata adjektif
1.Guru mengedarkan lembaran kerja berkaitan kata adjektif dan meminta murid menyiapkannya secara individu.

1.Murid mengisi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai dalam lembaran kerja yang diberi oleh guru.
Lampiran  3

Lembaran kerja
Penutup
(5 Min )


1.Guru meminta murid menyebut semula semua kata adjektif yang telah mereka pelajari

1.Murid menyebut semula kata adjektif yang telah mereka pelajari.







Refleksi                                                                                                                             

Teks Petikan

Gerai Manakah Yang Tercantik
 salam,murid-murid  hari ini cikgu akan memaparkan satu teks petikan supaya murid-murid membacanya dan membuat latihan berpandukan teks petikan.



 Teks Petikan
 Gerai manakah yang tercantik.

Pada hari Ahad yang lepas ,Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri telah mengadakan  satu program iaitu Hari kantin Sekolah  bertempat di Dataran Perhimpunan Sekolah tersebut.Banyak gerai-gerai yang didirikan untuk menjual bermacam-macam jenis barang .Gerai-gerai itu juga akan dipertandingkan untuk kategori gerai cantik.
Ada gerai menjual pakaian,gerai buah-buahan ,gerai minuman ,gerai kuih-muih serta gerai cenderahati.Di gerai menjual pakaian terdapat pakaian yang murah-murah harganya serta baru-baru belaka.Gerai menjual buah-buah pula ada menjual bermacam-macam jenis buah yang manis,masam serta lazat.Ada buah tembikai,oren,mangga,jambu,belimbing,pisang dan lain-lain lagi.Gerai menjual makanan pula menjual berbagai-bagai jenis kuih-muih yang sedap-sedap belaka seperti donat,karipap,mee,burger,sosej  dan lain-lain lagi.
Gerai minuman tetap menjadi tumpuan pada hari cuaca yang sangat panas ini.Ada air oren,mangga,jambu dan juga air tebu.Gerai cenderahati juga menjadi tumpuan kerana ia menjual bermacam-macam jenis cenderahati yang berbagai bentuk.Ada yang berbentuk panjang,bujur ,bulat serta berbentuk ikan dan bunga.
Semua gerai-gerai dihias cantik dan bewarna-warni.Gerai cenderahati memenangi tempat pertama kerana berlatar belakangkan warna pink dan putih serta digantung dengan bermacam-macam belon bewarna warni besar dan kecil.
Dihujung sekali terdapat gerai karaoke bagi sesiapa yang mempunyai suara yang merdu dan berminat digalakkan menyertai pertandingan karaoke yang diadakan sepanjang hari kantin tersebut.
Program Hari Kantin berakhir pada jam 7 petang.Semua pelajar pulang dengan perasaan gembira walaupun terasa amat penat dan letih.





Lembaran Kerja

Assalamualaikum murid-murid semua ,hari ini cikgu  akan memberikan satu latihan berkaitan dengan kata .adjektif.Diharap murid-murid semua dapat melaksanakannya pada masa cuti sekolah ini.Selamat menjalankan tugas anda.

 
       Lembaran kerja  Bahasa Melayu  Tahun 4.
         Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata adjektif yang sesuai.

                             Tua       
          mewah                        hairan             usang              lembut                                               
                          rindu                           masam                        keruh
                                                           


1.Harga kereta ______________ itu mencecah RM 1 juta.

2.Husin___________akan keluarganya yang berada di kampung.

3.Julia berasa__________akan sikap Janet yang enggan berbual-bual dengan rakan-rakannya.

4.Mangga itu tidak terjamah olehnya kerana terlalu ____________.

5.Rumah__________itu didiami oleh seorang tua.

6.Kain sutera yang dibeli oleh ibu itu sungguh____________.

7.Pokok rambutan___________itu masih berbuah.

8.Air sungai di belakang rumahnya__________setiap kali selepas hujan.












                                                         

Friday 2 March 2012

Jam 3 ptg..sesi kedua tutorial pada hari ini.Belajar membuat blog memang sesuatu yang memeningkan terutamanya bagi aku yang kurang mahir ini.
Sesi sebelah petang tutorial pertama semester 2.Belajar membuat blog memanglah sesuatu yang amat memeningkan,apatah lagi bagi kau yang banyak tak tahu tentang blog,tetapi kata orang belajar tetap belajar..cuba hingga berjaya.

Thursday 1 March 2012

Tutorial 1 Sem.2

Jumaat 2 Mac 2012
Salam,
Hari ini bermulanya sesi semester 2 pjj 2012.Seperti biasa aku menghadirkan diri bersama sahabatku .Hari pertama kami merasa sangat gembira kerana ramai sahabat yang hadir untuk semester baru ini.Alhamdullillah kami dapat mendaftar semula untuk semester 2 ini.Tahniah untuk kami semua.