Salam Ahad buat semua murid-murid semua,
Hari ini Cikgu hendak berkongsi satu lagi cerita teladan buat pedoman kita semua..marilah kita baca cerita ini dan timba pengajaran yang baik buat panduan hidup kita.Selamat membaca.
Dua ekor kera telah terjumpa seekor ikan.Kedua-duannya bertengkar kerana mengaku ikan itu hak mereka.Akhirnya mereka bersetuju melantik kucing sebagai hakim.Kucing yang arif tentang ikan akan menentukan siapa yang berhak memiliki ikan itu.
Mereka berjumpa kucing dan menceritakan masalah mereka.
" Tadi saya nampak seekor ikan tetapinsahabat saya telah mengambilnya.Siapakah yang berhak ke atas ikan itu kucing?" tanya kera yang kecil.
"Tunggu sebentar,saya akan menyelesaikannya," kata kucing.
Tidak berapa lama kemudian ,kucing membawa dacing.kucing mengerat ikan itu kepada dua bahagian .Ditimbangnya kedua-dua bahagian ikan itu.kucing mendapati bahagian kepala ikan lebih berat.Dimakannya sedikit bahagian kepala ikan,Kemudian kucing menimbang ekor yang lebih berat .lalu dimakan pula bahagian ekor itu sedikit.Ditimbangnya sekali lagi.Kali ini,bahagian kepala yang lebih berat.Dimakannya sedikit bahagian itu pula.
Begitulah sterusnya dilakukan oleh kucingAkhirnya ,habislah ikan itu dimakannya.
" Apakah yang telah kamu lakukan ,kucing ? " tanya kera yang besar.
" Dalam hidup,jika kita selalu tamak dan haloba ,kita akan rugi," kata kucing.Kucing pun meninggalkan kera yang terpinga-pinga itu.
No comments:
Post a Comment