Friday 16 March 2012

Cerita Rakyat Sebagai Pedoman Bersama

Sabtu 17 Mac 2012
Rantai Emas
Salam Sejahtera murid-murid semua..Hari ini Cikgu akan memaparkan sebuah cerita rakyat sebagai bacaan minda untuk kita semua.Hayatilah ceri ini,semoga menjadi panduan hidup kita seharian.
  
Dalam sebuah negeri,ada sepasang suami isteri .Kehidupan mereka sangat miskin.Setiap hari,mereka memancing ikan untuk menyara hidup.
Mereka selalu mendapat ikan-ikan yang kecil sahaja.Ikan-ikan itu hanya cukup untuk di makan.Mereka tidak dapat menjual ikan-ikan tersebut untuk mendapatkan wang.
Pada suatu hari,mereka memancing di tengah tasik.Mereka menggunakan perahu untuk sampai ke tengah tasik.Si isteri berasa jemu kerana tidak mendapat seekor ikan pun.Dia mengajak suaminya pulang.
       "Tunggulah sebentar,mungkin kita akan mendapat rezeki,"kata si suami.
  Tidak berapa lama kemudian,joran  si isteri di tarik dengan kuat .
        "wah,tentu besar ikan ni !"kata si isteri.
       Si isteri terperanjat apabila menarik jorannya kerana bukannya ikan yang ditarik,tetapi rantai emas.Semakin ditarik semakin panjang rantai itu.Perahu mereka telah dipenuhi dengan rantai emas.
      Tiba-tiba kedengaran bunyi katak yang riuh rendah di danau itu.
      " Rat..Rat..Rat....rat ! rat !....
Katak-katak itu menyuruh suami isteri itu mengerat rantai emas itu.
      " perahu ini hendak karam,kita kerat saja rantai ini,"kata si suami.
      Si isteri menjadi tamak .Dia tidak mahu mengerat rantai itu.Akhirnya ,perahu mereka karam kerana berat  dengan rantai emas.Mereka terpaksa berenang untuk menyelamatkan diri.


No comments:

Post a Comment