Monday 30 April 2012

nikmati coco crunch percuma

ISNIN  30 APRIL 2012

Salam 1 Msia,Blog Cikgu kini sudah tiba ke penghujungnya.Posting terakhir cikgu pada hari ini adalah gambar-gambar murid-murid dan guru-guru SK.Ayer Puteh  menikmati coco crunch percuma yang telah dihantar ke sekolah pada minggu lepas.Saksikan betapa seronok dan enaknya mereka menikmati coco crunch.





















Sunday 29 April 2012

Cerita Teladan

AHAD 29 APRIL 2012

Salam Sejahtera murid-murid semua,sudah lama kita tidak mendengar cerita teladan buat panduan kita bersama.Hari ini cikgu akan memaparkan sebuah cerita yang berjudul "Pandai Emas ,Pandai Besi ."Dengarkan cerita ini bersama-sama dan kemudian jawab  soalan yang diberi di bawah.

Dalam sebuah negeri,terdapat seorang pandai emas yang kaya.Dinegeri itu juga,ada seorang pandai besi.Malangnya besinya tidak selaris emas yang dijual pandai emas.Pandai emas selalu memandang rendah terhadap Pandai Besi.
       "Besi tidak berguna ,Emas lebih tinggi dan mahal harganya," kata pandai emas.
         Pada suatu malam,pencuri memasuki rumah pandai emas.Kesemua emasnya telah dicuri .Namun begitu ,pandai emas tidak berputus asa.Dia terus bekerja keras.Akhirnya dia berjaya mengumpulkan emas.Perniagaannya semakin maju.
        Nasib malang menimpa pandai emas lagi.Pencuri masuk kerumahnya.Pencuri telah mencuri kesemua emas yang telah dikumpulnya.
        Pandai emas sungguh kecewa.Akhirnya dia berjumpa dan mengadu kepada Pandai besi.Pandai besi mencadangkan pandai emas membuat senjata bagi mengawal rumahnya.Pandai emas bersetuju.Dengan menggunakan senjata buatan pandai besi ,akhirnya pencuri itu dapat ditangkap.
        kedua-dua mereka berasa gembira.Pandai emas dan pandai besi  akhirnya menjadi rakan kareib.Semenjak itu,pandai emas tidak lagi memandang rendah kepada pandai besi.

Jawab soalan di bawah:
1.Mengapakah pandai emas memandang rendah kepada pandai besi.?
2.Bagaimanakah pandai emas boleh berjaya ?
3.Mengapakah pandai emas dan pandai besi boleh bekerjasama akhirnya?






Saturday 28 April 2012

video lagu kanak-kanak

AHAD 29 APRIL 2012

Salam Sejahtera,Hari ini Cikgu mengajar mata pelajaran muzik Tahun Satu Arif.Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu  " Saya Ada Kuda ."  " Bapaku Pulang " sila lihat video di bawah.


Friday 27 April 2012

Murid Tahun 4 Arif belajar menggunakan e book

Khamis 26 April 2012

Salam Sejahtera,
Pada hari ini,Cikgu telah mengajar Bahasa Melayu Tahun 4 dengan menggunakan e book yang telah murid-murid dapat dua minggu lepas.Tajuk Pelajaran hari ini ialah "Resepi Rendang Daging ".Marilah sama-sama kita belajar bagaimanakah cara-cara membuat rendang daging.




















Wednesday 25 April 2012

Syair Sekolahku Selamat



RABU 25 APRIL 2012

Salam pagi Rabu..murid-murid sekelian ,hari ini Cikgu akan mengajar  sebuah syair yang bertajuk "SekolahKu Selamat" .Marilah sama-sama kita hayati dan lagukan syair di bawah'

Tersergam indah,kukuh dan megah
Nampak bergaya anggun terserlah
Tempat belajar berpenat lelah
Rasa kasihku telah tertumpah

Dindingnya bersih tiada berkarah
Pagarnya teguh semua arah
Dijaga rapi tak sudah-sudah
Murid selamat umpama dirumah

Mencurah rasa kepada guru
Agar diri dapat dibantu
Rajin belajar menuntut ilmu
Hidup berjaya yang kami tuju

Kalau sekolah selalu ceria
hati tidak gundah-gulana
Rindu terasa amat membara
Malam-malam teringat jua

Pergi sekolah hati nan riang
Semua kawan dikasih disayang
Sentiasa bersama susah dan senang
Walau banyak rintangan yang datang